Baby Chifon

Ramuan / Bahan

3 biji telor ayam
2 auns gula pasir
7 auns gula melaka
½ sudu teh ovallet
9 auns tepung gandum (superfine flour)
1 ½ auns serbuk koko
1 sudu teh baking powder
7 auns pati santan

Cara-cara

Pukul telor bersama gula pasir, gula merah hingga kembang dan masukkan ovallet pukul hingga sebati. Tepung bersama serbuk koko dan baking powder diayak, kemudian masukkan tepung tadi berselang seli dengan santan sambil dipukul hingga sebati dan habis adunan tepung dan santan tadi.

Sediakan periuk pengukus untuk mengukus kuih ini. Tuang adunan kedalam acuan kecil-kecil dan kemudian dikukus selama 10 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan.