Kerabu Bawang Bukit

Ramuan / Bahan

1,000 gm bawang bukit
100 gm udang kering (digiling)
100 gm bawang merah (digiling)
50 gm cili merah 150 gm limau nipis
30 gm belacan
10 gm garam

Cara-cara

Bawang bukit dihiris halus. Udang kering dan bawang merah digiling. Cili merah dihiris halus. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi dengan belacan dan garam secukup rasa. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.