Kerabu Apple Hijau

Ramuan / Bahan

2 biji Apple Hijau
1 biji bawang besar
1 biji cili besar
4 biji cili padi
2 biji limau kasturi 1 sudu udang kering (goreng & ditumbuk)
1 sudu kacang (goreng & ditumbuk)
1 sudu gula
garam secukup rasa

Cara-cara

Apple dikupas kulitnya dan dihiris halus. Bawang besar, cili merah dan cili padi diricik halus. Gaulkan semua bahan-bahan tadi bersama dengan kacang tumbuk, udang kering, gula dan perahan limau. Tambahkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.