Kerabu Aneka

Ramuan / Bahan

50 gm cendawan hitam, direndam dalam air mendidih
100 gm cendawan tiram
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
2 sudu besar kicap cair
3 tangkai daun ketumbar
Sedikit gula dan garam
4 tangkai daun bawang

Cara-cara

Semua jenis cendawan dihiris nipis memanjang.

Panaskan dua camca minyak. Goreng cendawan hingga ia layu. Angkat.

Panaskan baki minyak di dalam kuali sama. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga ia terbit bau.

Masukkan daun bawang bersama perahan limau nipis, kicap cair, daun ketumbar, gula dan garam. Kacau hingga sebati.