Kentang

Ramuan / Bahan

Bahan tak blend
-minyak
-hirisan bawang putih + merah
-kicap
-kicap oyster ( tak perlu pun takpe)
-air asam jawa
-asam keping (tak perlu pun takpe)
-garam
-gula Bahan kena blend
-½ bawang merah yg small size
-4/5 cili kering
-air

*tips: jika tidak mahu jadi saaaaaaaaangat pedas, potong cili kering ke bahagian kecil2 kemudian redam dalam air panas beberapa minit.KELUARKAN SEMUA BIJI . barulah blend sampai jadi macam cili boh

Bahan utama
-kentang yang telah dipotong dadu, kemudian di goreng.

Cara-cara

1. blend bahan yang perlu di blend menggunakan blender.
2.make sure kentang dadu sudah siap digoreng.
2.panaskan minyak
3.masukkan bawang putih + merah
4.masukkan bahan yg diblender.
tunggu sampai warna merah cili tukar jadi ala2 maroon sedikit..
*waktu ini mungkin perlu buka tingkap.
5.masukkan garam gula.
6.masukkan kentang yang dah digoreng.
7.masukkan kicap (+kicap oyster)dan air asam jawa.(dan asam keping jika ada)
8.tunggu sehingga garing.
9.siap dihidang