Kentang Sumbat Daging Bersusu

Ramuan / Bahan

3 biji ubi kentang sederhana besar
300 gm daging cincang
½ cawan susu segar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih (dicincang lumat) 2 sudu makan rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
3 sudu makan minyak sapi
2 keping keju kraf
Garam

Cara-cara

Basuh ubi kentang dan dibelah dua. Korek isi di sekelilingnya. Cincang isi tadi. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk kurma hingga bangkit aromanya. Masukkan isi daging dan isi ubi kentang yang telah dicincang. Apabila hampir masak, masukkan susu segar dan garam secukupnya. Masak di atas api sederhana. Apabila inti masak, sendukkan ke dalam kulit kentang yang dilapik keju dan bakar hingga keju kekuningan. Sewaktu diangkat dari ketuhar, segera letakkan selapis keju di permukaannya. Hidangkan.