Keladi Masak Asam Abi

Ramuan / Bahan

1 sudu besar asam jawa
1 cawan air
5 - 6 batang keladi, dibuang kulit ari, dipotong 5 cm dan direbus
½ sudu besar gula
Garam secukupnya Bahan-bahan dikisar lumat:
10 - 15 tangkai cili kering
½ cawan udang kering
½ sudu teh lada hitam
1 sudu besar belacan
5 biji bawang merah

Cara-cara

Perah asam jawa bersama air dan masukkan keladi rebus, gula, garam dan Bahan-bahan kisar. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Tambah air jika perlu. Masakan ini hendaklah pekat sedikit.