Kari Sayur

Ramuan / Bahan

250 gm ubi kentang (dipotong menjadi potongan-potongan yang sama)
125 gm lobak merah (dibelah dua & dipotong-potong setebal 2.5 cm )
250 gm kubis (dipotong besar)
2 biji besar tomato muda (dibelah empat)
½ camca minyak makan
¼ cawan air asam jawa
yang pekat. 1 labu besar bawang (dibelah dua & dihiris)
1 batang serai (dititik)
3 helai daun salam
315 gm daging kambing (dicincang halus)
2 ½ cawan santan cair
Garam secukup rasa
1 ½ cawan santan pekat

Bahan Giling:
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 batang lada merah
½ sudu jintan putih
1 ½ camca jintan manis
3 camca ketumbar(direndang)
1 sudu gula
½ sudu belacan (dibakar)

Cara-cara

Pijarkan minyak & gorengkan bawang besar hingga layu. Masukkan bahan giling & serai. Goreng hingga minyaknya keluar. Masukkan daun salam & daging.Apabila telah garing, kecilkan api & masukkan santan cair. campurkan ubi kentang,lobak merah & bahan perasa. Didihkan perlahan-lahan hingga hampir empuk,Kemudian masukkan kubis & tomato. Masaklah selama 2-3 minit. campurkan santan pekat.Didihkan perlahan-lahan selama 5 minit, kemudian masukkan air asam jawa. Sesuaikan rasanya & anagkat dari api apabila sayur-sayurannya telah empuk.