Kari Pedas Kentang

Ramuan / Bahan

1 kg kentang - buang kulit dan potong dadu
4 gm tomato - potong dadu
2 gm bawang besar - dicincang
5 gm daun kari
10 gm daun ketumbar - dicincang
5 gm biji sawi
5 gm pes halia bawang putih 15 gm serbuk jintan putih
10 gm serbuk kunyit
15 gm serbuk ketumbar
2 gm cili hijau
50 ml minyak masak
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Panaskan minyak, masukkan bawang, pes halia bawang putih, daun karo dan masak selama 5 minit. Masukkan biji sawi dan biarkan beberapa minit lagi. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan kacau rata. Masukkan separuh daripada tomato dan masukkan air. Reneh pada kepanasan yang sederhan antara 15 hingga 20 minit. Masukkan kiub kentang dan masak sehingga kentang empuk (masukkan air dari semasa ke semasa jika perlu). Masukkan cili hijau dan serbuk perasa. Selepas masak masukkan daun ketumbar.