Apom Betawi

Ramuan / Bahan

600 gm tepung gandum
10 biji telur
600 gm gula 1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna kuning secukupnya

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik dan kacau rata. Sementara itu goreng tepung gandum tanpa minyak hingga kering. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Setelah itu masukkan pula pewarna kuning. Panaskan kukusan hingga air meggelegak. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Potong serong sewaktu menghidang.