Kangkung Goreng Cencaluk

Ramuan / Bahan

1 ikat kangkung (lebih sedap gunakan kangkung kampung)
6 biji cili padi}
3 biji bawang merah}ditumbuk bersama
2 biji bawang putih}
3 sudu cencaluk
Minyak untuk menumis
Gula sedikit
Sedikit air

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga cili agak2 masak.

2. Kemudian masukkan cencaluk dan gula, kacau. Setelah itu masukkan batang kangkung dahulu, bila empuk sikit baru dimasukkan daunnya. Jika agak kering, masukkan sedikit air jika suka.

3. Hidangkan.