Kalia Kubis

Ramuan / Bahan

1 biji kubis saiz kecil
5 sudu besar minyak masak
100 gm hati & hempedal ayam
5 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus) 2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging
½ cawan pati santan
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kubis dipotong & dibersihkan sebelum ditoskan airnya. Hati & hempedal dipotong kecil-kecil kemudian dibersihkan. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia & kacau hingga bawang layu. Masukkan serbuk kari daging, sedikit air, hati & hempedal. Kacau hingga rempah pecah minyak. Masukkan pati santan & garam. Biarkan hingga mendidih & masukkan kubis. Kacau hingga rata & angkat.