Kacang Peas Sambal Udang ala nyonya

Ramuan / Bahan

1 pek kacang peas tebal
udang besar/sederhana 250g(dibuang kulit
atau tidak)
1 butir telor
Tepung jagung (untuk pemekat kuah)
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
garam & gula secukup rasa


2 ulas bawang putih
1 ulas halia
(dikisar kedua-duanya)
2 sudu besar cili boh/kisar
3 helai daun limau purut(dicarik atau di hiris halus)

Cara-cara

Panaskan kuali masuk minyak masak dan tumis campuran halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan cili boh tadi bersama sos tiram dan minyak bijan goreng sehingga masak.Kemudian masukkan kacang peas tadi tutupkan sekejap sehingga empuk,dan masukkan udang dan daun limau purut,setelah itu masukkan air tepung jagung tutup api dan pecahkan telur kedalam kuali kacau sedikit dan terus hidangkan.