Kacang Panjang Lemak Ikan Masin

Ramuan / Bahan

Bahan bahanya :

125 ml minyak
10 tangkai kacang panjang
300 gm isi ikan masin
10 biji cili padi merah dan hijau
3 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah

1 biji bawang putih
250 ml santan pekat
200 ml air
1 keping asam keping
Garam jika perlu

Cara-cara

Cuci dan rendam ikan masin untuk beberapa minit dan toskan.

Hiris bawang merah dan putih dan potong kacang panjang 2 inci panjangnya.

Kisar atau tumbuk kunyit dan cili padi sampai lumat

Tumis bahan kisar dan hirisan bawang, masukkan ikan masin dan sedikit air reneh untuk seketika.

Masukkan asam dan santan biarkan mendidih pastikan tidak pecah minyak.

Masukkan kacang panjang dan masak hingga kacang kelihatan hijau muda.

Hidangkan.