Apam Tepung Beras

Ramuan / Bahan

1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air
500 gram tepung beras
satu sudu teh mauripan
satu sudu teh serbuk Eno
secubit garam
Kelapa parut

Cara-cara

Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda.
Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja.
Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.