Kacang Bendir Goreng

Ramuan / Bahan

10 batang kacang bendir muda - potong sederhana besar menyerong
Udang kering - dibersihkan
Garam
Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 ulas cili api

Cara-cara

Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan udang kering, goreng selama 1/2 minit.

Masukkan kacang bendir dan garam.

Goreng sebentar dan angkat.

Sedia untuk dihidang.