Jong Timun

Ramuan / Bahan

5 biji timun besar
½ kg daging cincang
150 ml susu cair
150gm minyak sapi
2 camca sedang puri tomato
2 biji tomato, dihiris
1 cekak daun ketumbar, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
Sedikit air
Garam mengikut rasa Bahan-bahan rempah digiling - dibahagi dua:
20 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sm halia
1 camca teh serbuk jintan
2 camca teh serbuk lada putih
Garam mengikut rasa

Cara-cara

Gaul daging bersama sebahagian daripada rempah. Panaskan 50 gm minyak sapi. Goreng daging hingga kering. Panaskan lebihan minyak sapi. Tumis sebahagian lagi rempah hingga garing. Kemudian masukkan susu, puri tomato, garam, tomato hiris, bawang dadu, daun ketumbar, timun berbentuk jong dan sedikit air. Kacau rata. Apabila cukup masak angkat timun dan letakkan di atas pinggan. Isi daging yang dimasak mula-mula tadi di tengah-tengah timun. Kemudian curahkan rempah yang ditumis di atas jong timun.Hidangkan.