Jeruk Timun

Ramuan / Bahan

2 biji timun
1 batang lobak merah
1 batang lobak putih
4 tangkai cili merah ½ cawan gula
2 cawan cuka buah
2 cawan air
1 sudu besar garam

Cara-cara

Bersihkan timun, lobak merah dan putih, kemudian potong sepanjang 4 cm dan dibelah empat. Campurkan gula, garam, cuka dan air, kacau hingga larut. Kemudian masukkan larutan tadi ke dalam balang kaca dan campurkan timun, lobak merah dan putih, serta cili merah. Biarkan hingga semua campuran sebati. (Jeruk ini tahan disimpan lama dan kesedapannya terpelihara.)