Jeruk Bambangan

Ramuan / Bahan

5 biji buah bambangan (bacang) masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah 20 gm cili padi
Garam secukup rasa

Cara-cara

Buah bambangan dibunag kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang Berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan hingga sebati. Simpan di dalam botol.