Jengganan

Ramuan / Bahan

Daun salad (sehelai-sehelai)
3 biji telur (direbus kulitnya & dihiris)
125 gm sayur kubis (dimayang)
125 gm timun (dibuang kulitnya,ditoreh-toreh & dihiris)
125 ubi kentang (direbus,dibuang kulitnya dihiris & digoreng)
125 tauhu (dibelah dua,dihiris setebal 1.2 cm & digoreng)

Bahan sambal:
2 batang lada merah (dihiris halus)
1 camca lada padi
½ camca garam
½ camca air panas
½ camca cuka 90 gm tempeh (dihiris menyerong setebal 1.2 cm & digoreng)
125 taugeh (dibuang ekornya & dicelurkan)
125 mee kuning ( dibuang ekornya & dicelurkan )
daun salad yang telah dimayang
keropok & emping (digoreng)

Bahan sos:
3 batang lada merah
1 camca garam
1 camca gula
125 gm kacang tanah (digoreng,dikupas kulitnya & ditumbuk)
1 ½ cawan air asam jawa yang cair

Cara-cara

Untuk menyediakan jengganan:
Alaskan pinggan hidang dengan daun-daun salad yang sehelai-sehelai.Aturkan semua bahan,kecuali daun salad yang dimayang,keropok & emping goreng,dengan menarik dalam baris-baris atau bulatan sepusat. Hiaskan dengann bahan-bahan selebuhnya.
Untuk menyediakan sos :
Gilingkan lad,garam gula & belacan bersama-sama.Pijarkan minyak & tumis pes giling dengan daun salam ( jika digunakan).Masukkan kacang & air asam jawa. Masak atas api yang kecil hingga menjadi pekat. Turunkan dari api. Tungkan keatas salad atau hidangkan secara berasingan.
Untuk menyediakan sambal:
Campurkan empat bahan yang pertama,kemudian masukkan cuka. Hidangkan dalam pingan yang berlainan.