Jealatah

Ramuan / Bahan

½ biji timun
¼ biji nenas
¼ biji sengkuang
1 biji bawang besar
30 gm udang kering
120 gm kacang goreng 1 sudu besar air limau nipis,garam & gula(secukup rasa)
1 biji telur rebus keras
¼ kelapa parut (santan pekat)
4 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah
1 cm belacan

Cara-cara

Sediakan bahan-bahan: Rendam udang kering dalam air panas. Bakar belacan & tumbuk bersama cili,bawang & sedikit garam hingga lumat. Basuh,tus & tumbuk udang kering secara berasingan. Sediakan sayur-sayuran: Kupas & hiris timun,nenas,sengkuang & bawang besar.Perah limau untuk mengeluarkan airnya. Menbuat jelatah: Campur semua jenis sayur-sayuran & bahan-bahan yang tumbuk di dalam mangkuk adunan. Masukkan garam,gula & cuka atau air limau nipis secukup rasa. Hidangkan dalam mangkuk sup atau mangkuk puding. Hiaskan bahagian atasnya dengan telur yang dipotong juring. Hidangkan ini ialah hidangan sampingan untuk rendang daging, kurma atau lauk kari.