Jantung Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

1 biji jantung pisang sederhana besar - dipotong kecil
1 mangkuk santan pekat
1 batang serai - dititik
½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar cili api kisar
1 sudu besar lada hitam kisar (kasar)
garam
air

Cara-cara

Masukkan cili api, serai, santan, sebuk kunyit dan jantung ke dalam periuk dan masak atas api perlahan sehingga mendidih.

Masukkan lada hitam, garam. Kacau - jangan sampai pecah minyak.

Tambah air jika kuah terlalu pekat.

Masak hingga jantung lembut. Sedia untuk dihidang.