Jagung Muda dan Cendawan Masak Lemak

Ramuan / Bahan

1 tin (225 g) jagung muda - jangan dipotong
1 tin (198 g) cendawan butang
300 g udang hidup - kupas kulit
230 g kelapa parut - tuang 1½ cawan air dan ambil 1½ cawan santan Bahan-bahan untuk ditumbuk:
6 ulas bawang merah
3 biji buah keras
3 biji cili merah
20 biji cili padi
1 sm kunyit hidup
4 sudu besar minyak masak
Garam

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis perencah yang ditumbuk tadi sehingga wangi. Masukkan jagung dan cendawan, kacau beberapa minit. Kemudian tuangkan santan bersama garam dan masak hingga mendidih. Masukkan cili padi, biarkan mendidih lagi dan bubuh udang. Kacau dan masak selama 10 minit lagi.