Gulai Pisang Emas Muda

Ramuan / Bahan

1 sisir pisang emas muda
250 gm serbuk kari ikan
200 gm ikan bilis Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
10 tangkai cili kering
3 cm halia
1 biji kelapa (diambil santannya)
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

Kupas pisang dan potong isinya mengikut citarasa. Rendam di dalam air dan garam lebih kurang 10 minit.

Semasa proses rendaman, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar lebih kurang 5 minit.

Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. Tuskan pisang dan masukkan ke dalam tumisan.

Masukkan santan dan didihkan sehingga pisang empuk. Angkat dan hidangkan mengikut selera.