Gulai Pisang Emas Muda

Ramuan / Bahan

Sesisir pisang emas muda
250 gm serbuk kari ikan
200 gm ikan bilis
3 ulas bawang besar, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar 10 tangkai cili kering, dikisar
3 cm halia
Sebiji kelapa - diambil santannya
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

Kupas pisang dan potong isinya mengikut cita rasa. Rendam di dalam air garam lebih kurang 10 minit. Semasa proses rendaman, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar lebih kurang 5 minit. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. Tuskan pisang dan masukkan ke dalam tumisan. Masukkan santan dan didih sehingga pisang empuk. Angkat dan hidang mengikut selera.