Gulai Nangka Atau Cempedak Muda

Ramuan / Bahan

½ biji nangka atau cempedak
1 biji kelapa
Sedikit udang kering atau ikan bilis(pusu)
Sedikit halia, bawang merah dan bawang putih Sedikit cili kering
Sedikit kunyit
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan nangka atau cempedak muda kemudian potong kecil-kecil mengikut kegemaran masing-masing. Perah kelapa asing pati dan santan cairnya. Cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia digiling hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk bersama-sama dengan nangka yang telah dipotong serta santan cair. Setelah itu masak hingga empuk. Setelah itu masukkan ikan bilis (pusu), garam dan serbuk perasa ke dalamnya. Akhir sekali masukkan pati santan dan masak lagi sehingga cukup pekat.