Gulai Lemak Putih Sengkuang

Ramuan / Bahan

Sebiji Sengkuang
½ Cawan santan pekat
1 Cawan santan cair
2 Sudu besar udang kering (ikut suka)
1 Helai daun kunyit 1 Peket soohun (direndam)
1 Labu bawang besar (potong bulat)
2 Biji cili merah (dihiris)
Garam & serbuk perasa

Cara-cara

Sengkuang di buang kulit dan di hiris sederhana tebal. Setelah di cuci toskan supaya sengkuang tadi tidak berair. Jerangkan santan cair, udang kering, bawang besar,cili merah serta bahan perasa secukupnya kedalam periuk. Biarkan naik wap seketika, selepas itu masukkan sengkuang dan biarkan sehingga separuh masak. Masukkan santan pekat bersama dengan soohun.Masak sehingga mendidih tetapi jangan sampai pecah santan.Setelah sengkuang dan soohun masak tutup api.