Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Petai

Ramuan / Bahan

200 gm pucuk ubi
1 biji kelapa
3 papan petai yang cukup tua
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 10 biji cili api
50 gm udang hidup
1 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan pucuk ubi. Petai dibelah-belah ambil isinya. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Serai dititik. Kelapa diambil santannya secukup untuk digunakan. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk bersama pucuk ubi, petai dan serai. Kemudian jerangkan sehingga mendidih