Gulai Lemak Nangka Muda

Ramuan / Bahan

300 gm nangka muda
50 gm ikan bilis
10 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 1 biji kelapa
Sedikit ibu kunyit
Sedikit daun selasih
Garam secukup rasa

Cara-cara

Nangka muda dibersihkan kemudian dipotong kecil-kecil dan dicelur hingga empuk. Ikan bilis dibersihkan. Kelapa diambil santanya secukup diperlukan. Tumbuk cili api, ibu kunyit, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Masukkan nangka bersama-sama bahan yang telah ditumbuk, ikan bilis dan santan di dalam sebuah periuk kemudian jerangkan di atas api. Masaklah hingga mendidih kemudian masukkan daun selasih serta garam secukup rasa. Bila telah mendidih bolehlah dihidangkan.