Gulai Labu Lemak dengan Udang

Ramuan / Bahan

600 gm labu lemak
600 gm udang (sedang)
2 cm belacan
10 biji cili kering
½ biji kelapa
4 labu bawang merah 2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 hiris lengkuas
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong labu setebal 2.5 cm x 2.5 cm. Tumbuk atau mesin cili kering, bawang putih, bawang merah, lengkuas dan serai serta belacan. Gaul perencah bersama kunyit. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis perencah. Masukkan udang dan kacau. Masukkan kemancar santar dan labu. Kacau selalu. Setelah labu empuk, masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan garam. Apabila masak, angkat.