Gulai Betik

Ramuan / Bahan

½ `betik separuh masak 500gm (dibuang kulitnya & dipotong dadu)
2 camca minyak makan
5 ulas bawang merah (dihiris)
125 daging cincang
Garam & lada hitam giling secukup rasa 1 cawan santan cair
2 helai daun limau purut
½ cawan pati santan
1 camca bawang merah (digoreng)

Bahan Giling:
3 ulas bawang putih
2 barang lada merah
2 batang lada hijau
1 camca belacan (dibakar)

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana & goreng bawang merah hingga garing sedikit. masukkan bahan giling & goreng hingga keluar minyaknya. Masukkan daging cincang & goreng hingg berubah warnanya. Bubuh bahan perasa secukup rasa. Kecilkan api. Masukkan santan cair & daun limu purut. DIdihkan perlahan-lahan hingga dagingnya separuh empuk. Masukkan betik & teruskan memasak hingga ianya hampir lembut. Masukkan pati santan & rasalah garamnya. Apabila daging & betik yang telah masak,angkat dari api. Masukkan ke dalam mangkuk & taburkan bawang goreng.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.