Gulai air Betik Muda

Ramuan / Bahan

1 biji betik muda
4 ulas bawang merah
1-2 biji cili merah
Sedikit ikan bilis
Satu sudu kecil lada hitam biji (direndam selama 5 minit)
Tiga tangkai daun kesom
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air

Cara-cara

Kupas betik muda dan basuk bersih-bersih untuk hilangkan getah. Potong betik 3 inci panjang dan setengah inci lebar. Tumbuk lada hitam sehingga lumat. Kemudian masukkan cili merah, bawang merah dan ikan bilis dan ditumbuk bersama lada hitam. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi kedalam periuk berisi air. Kemudian masukkan betik yang telah dipotong ke dalam periuk. Akhir sekali masukkan daun kesom serta garam , gula dan serbuk perasa secukup rasa. Masak sehingga betik menjadi sedikit lembut.