Goreng Ikan Sayuran

Ramuan / Bahan

300 g ikan tenggiri
2 camca besar minyak kelapa
2 camca teh serbuk lasa sulah
2 camca besar tomato 2 labu bawang besar dimayang
Kira-kira 30 sen sayur sawi air
Sedikit bawang untuk penumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dipotong-potong. Setelah itu digaul dengan kicap, minyak, serbuk lada sulah dan garam. Kemudian diperap selama 10 minit. Panaskan minyak dan gorengkan ikan. Kemudian asingkan. Lepas itu ditumis sedikit bawang dan bubuh air. Masukkan sayur sawi yang telah dipotong tadi. Masukkan ikan yang telah digoreng. Kemudian ditutup dan apabila telah berwap lalu dikacau serta rasalah. Kemudian ditutup dan apabila terlah berwap lalu dikacau serya rasalah. Tabur 2 labu bawang yang telah dimayang dan tomato. Angkat dan hidangkan.