Biskut Coklat (I)

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 camca kecil serbuk koko
1 ½ cawan gula halus
1 ½ cawan mentega 2 biji kuning telur
1 camca kecil vanila
1 camca kecil garam
100 gm coklat urai

Cara-cara

Tepung gandum, tepung ubi, serbuk koko dan garam diayak bersama. Gula halus dan mentega dipukul hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan vanila. Akhir sekali masukkan tepung tadi. Jika terlalu lembut, tambah tepung lagi. Canai adunan dengan acuan yang disukai, sapu putih telur kemudian taburkan coklat urai ke atasnya. Bakar hingga kekuningan.