Fritata Sayuran Bersosej

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris halus)
3 batang sosej (dihiris sederhana besar)
1 biji lobak merah (diparut)
10 biji kacang pis 1 biji cili merah (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang dan daun saderi (dihiris halus)
Garam
Serbuk lada sulah
5 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga ia layu. Masukkan sosej bersama lobak merah, kacang pis, cili merah, daun bawang, daun saderi, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga ia sebati. Angkat. Kemudian tuang telur di atasnya. Ratakan bahan tadi di dalam bekas bulat ukuran sederhana. Bakar ia pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Potong dan hidangkan.