Dalca Mangga

Ramuan / Bahan

2 biji mangga muda - dipotong kecil-kecil
200 gm kacang panjang
50 gm kacang dal
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah 50 gm udang kering
3 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar minyak
Sedikit garam

Cara-cara

Rendam kacang selama 1 jam. Kacang panjang dipotong 3 cm dan bawang besar dipotong dadu. Panaskan minyak dalam microwave selama 3 minit (HIGH). Kemudian masukkan bawang dan rempah kari yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air selama 5 minit (HIGH) dan dikacau. Kemudian keluarkan dan tambahkan 2 1/2 cawan air, kacang dal dan udang kering, masak kembali selama 10 minit (HIGH). Akhir sekali masukkan mangga, kacang panjang dan cili masak selama 4 minit (HIGH), kemudian tambahkan garam dan kacau rata.