Cili Bersumbat Daging

Ramuan / Bahan

200 g daging kisar
10 biji cili merah
8 biji cili hijau
2 ulas bawang merah ] dikisar
2 ulas bawang putih ] 1 biji kentang rebus
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Cili dibelah dua. Kentang dilecek hingga lumat. Gaulkan daging dengan kentang dan bahan-bahan yang lain hingga sebati. Sumbatkan daging ini ke dalam cili. Buat begini hingga habis. Goreng cili ini dalam minyak yang panas hingga masak.