Ketupat Daun Palas

Ramuan / Bahan

4 tin susu beras pulut
1 biji kelapa (ambil santan pekat) Sedikit garam
Daun palas secukup kegunaan

Cara-cara

Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak. Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak. Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.