Cendawan putih bersos tiram

Ramuan / Bahan

Sayur:
1 paket cendawan putih
1 tin cendawan butang
2 biji capsicum
1 batang carrot
½ biji bawang besar
2 biji cili besar merah 3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (dimayang)
5 camca besar sos tiram (atau mengikut rasa)
1 camca besar tepung jagung (dicair dgn sedikit air)
Lada sulah secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Potong semua sayur, basuh dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kacau hingga mendidih. Kemudian masukkan carrot. Apabila carrot hampir lembut, masukkan capsicum, diikuti dengan cendawan butang dan cendawan putih. Masukkan bawang besar dan cili besar merah yang telah dipotong tadi. Akhir sekali, pekatkan kuah dengan tepung jagung dan tambahlah lada sulah dan serbuk perasa secukupnya.