Cendawan Kukus Bersos

Ramuan / Bahan

220 g brokoli
150 g cendawan (dikukus)
20 g kacang walnut 1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Celur brokoli sekejap. Kemudian gaulkan dengan gula dan minyak bijan. Susunkan di dalam pinggan. Cendawan digaulkan dengan sos tiram dan susunkan dalam pinggan berisi brokoli. Taburkan kacang walnut yang telah digoreng dan hidangkan.