Cendawan Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

1 paket cendawan (50 gm)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji cili merah 1 biji telur
1 sudu serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih sehingga kuning dan naik baunya. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kacaukan hingga rata. Akhir sekali masukkan cendawan dan pecahkan telur. Gaulkan semula sebelum boleh dihidangkan.