Cendawan Bersama Sotong Kering

Ramuan / Bahan

40 gm kucai kuning
30 gm cendawan hitam
30 gm cendawan abalon
40 gm sotong kering
20 gm lada sulah
20 gm tauge
10 gm lada merah Serbuk perasa
Garam
Gula
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
10 gm halia
10 gm daun bawang
10 gm sos tiram
10 gm bawang putih

Cara-cara

Rendam cendawan dalam air & hiris nipis-nipis. Potong cili hijau & merah nipis-nipis. Rendam sotong kering & potong. Potong kucai kuning kira-kira
2 inci. Goreng sekejap tauge bersama daun bawang & ketepikan. Hiris halia, bawang putih, daun bawang kemudian goreng. Masukkan cendawan, sotong kering, cili merah & hijau, serbuk perasa, garam, gula, kicap cair & goreng. Tambah dua camca air & tepung jagung, Kemudian masukkan kucai kuning &tauge. Akhir sekali, masukkan sos tiram secukup rasa.