Bunga Kubis Berdaging

Ramuan / Bahan

1 biji kubis, dikukus
300 gm daging cincang
100 gm sayur campuran
1 camca teh serbuk jintan manis
5 biji bawang merah, digiling
1 ulas bawang putih, digiling 1.25 sm halia digiling
2 biji bawang besar, dipotong dadu
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan-bahan digiling, serbuk jintan manis. Tumis hingga garing. Masukkan daging cincang, garam dan sayur campuran. Kacau hingga rata. Biarkan hingga kering baru masukkan bawang goreng. Kacau lagi. Kubis dibuka kelopaknya dan masukkan daging goreng tadi. Hias ikut suka.