Buncis dengan Hati

Ramuan / Bahan

600 gm kacang buncis
150 gm hati
1 cawan santan pekat
4 labu bawang merah 2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong kacang buncis serong-serong
sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.