Buncis Bersos Tiram

Ramuan / Bahan

10-15 tangkai kacang buncis
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram(boleh tambah jika mahu lebih perisa tiram)
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
garam secukup rasa
serbuk perasa(ajinomoto @ Tumix)
sedikit minyak untuk menumis
1/3 cawan air

Cara-cara

Potong kacang buncis(2-3 potongan utk 1 tangkai).Hiris bawang merah & putih.

Tumiskan hirisan bawang merah & putih hingga separuh garing. Tambah serbuk perasa, sos tiram dan cili boh. Kacau hingga agak sebati(hati2 jangan sampai tumisan bawang tadi hangit!!).

Tambahkan air & biarkan ianya mendidih sebentar. Masukkan potongan kacang buncis dan kacau hingga 1/2 atau 3/4 masak. Tambah garam secukup rasa.