Brokoli Kukus Bersira

Ramuan / Bahan

Brokoli atau dan Bumga Kobis
Cendawan Segar
10 ~ 15 biji telur puyuh rebus Satu tin susu cair
Satu senduk sos cili
Satu senduk sos tomato
Potongan dadu lada buah (hijau dan merah)
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Potong brokoli, bunga kobis ikut kesukaan individu dan susun di dalam pengukus bersama cendawan segar. Kukus sehingga masak.Susun di atas pinggan bujur dengan telur puyuh di tengah-tengah.
Panaskan kuali, dan masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato,sedikit garam dan juga lada sulah. Kacau sehingga sos mendidih dan memekat.Masukkan lada buah.
Angkat sos dan tuangkan ke atas sayuran dan telur puyuh. Hidangkan.