Broccoli Goreng dengan Udang

Ramuan / Bahan

250 g broccoli
2 ulas bawang putih
7 ekor udang - buang kulit
½ sudu besar lada sulah 2 sudu besar air
2 sudu besar sos tiram
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan udang dan lada sulah. Goreng kira-kira 2 minit, kemudian masukkan sayur broccoli dan bubuh air. Bubuh 2 sudu besar sos tiram dan lain-lain perasa. Sedap dimakan panas-panas.