Bingkisan Ulam

Ramuan / Bahan

300 gm ikan pari (direbus)
1 biji limau nipis (diambil)
Garam
Gula
20 tangkai daun selom (dihiris halus)
3 biji cili merah (dihiris halus) 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
20 helai daun kesom (dihiris halus)
4 camca besar kelapa parut
75 ml pati santan
15 helai daun kaduk
Lidi koktel secukupnya

Cara-cara

Ambil isi ikan pari dan leraikan kecil-kecil. Perap isi ikan bersama perahan limau nipis, garam dan gula di dalam mangkuk sebentar. Campur isi ikan perap bersama daum selom, cili merah, bunga kantan, daun kesum, kelapa parut dan pati santan di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Bubuh sedikit campuran ulam tadi di atas di atas sehelai daun kaduk. Bungkus dan kemaskan dengan lidi koktel. Buat hingga habis ulam dan daun kaduk. Kukus ia selama 20 minit.