Betik Muda Goreng

Ramuan / Bahan

1 Betik Muda
200 gm Udang
10 Biji Cili Padi
1 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
Garam dan Perasa secukup rasa
Sedikit santan

Cara-cara

Betik muda diparut/dipotong halus2.Tumiskan Bawang merah, bawang putih yang telah dicincang bersama cili padi yang telah dipotong.Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya. Masukkan Betik yang telah diparut itu. Tumis seketika dan masukkan sedikit santan. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa.