Bergedil Udang

Ramuan / Bahan

300 g udang (dibuang kulitnya)
300 g ubi kentang (direbus)
1 pokok daun sup ] dihiris
1 pokok daun bawang ]
10 ulas bawang merah (dihiris dan digoreng) 1 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji telur (dipukul)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Ubi kentang dilecek. Udang dicincang halus. Gaulkan bersama. Masukkan semua bahan-bahan tadi gaul rata. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit, celupkan ke dalam telur dan gorenglah hingga garing.